Ipah CRJ

Disclaimer

I'm Zarifah ! Comel cute miut paling penting bulat mcm bulan haha omey angat :*

Entries About Link Secret

Older post

 






Twitter

Mrs. Macho


Sing A-long

 

>

SPM 2013

Daisypath Graduation tickers

Tak Bawa Buku
Assalammualaikum readers.
Harini sedih pilu gundah gelana dek kerana tak bawa buku yang cikgu pesan tu hmm. Bukan taknak bawa tapi hmm tapi hmm. Menyampah rasa bila bagi alasan. Memang aku tak suka dengan alasan. Sebab kadang-kadang alasan tu buat kita terlepas dari kesilapan yang sepatutnya kita kena hukum. Tapi aku tetap bagi alasan juga sebab cikgu cakap nak buat eksperimen. Okay sedih sangat tak dapat buat eksperimen. Kena duduk luar lab. Nasib baiklah ada geng hmm.

Sebenarnya bengang juga bila cikgu suruh duduk luar tu tapi nak buat macam mana salah aku juga kan. So aku bangun pergi berdiri dekat luar lab. Nasib baiklah aku bawa satu buku kosong boleh main lukis-lukis heee. Serious time berdiri dekat luar tu punyalah panas bosan pula tu tapi Ain cakap dengan aku bagus duduk luar tak kena marah macam budak-budak yang kena marah dalam lab tu. Okay cool je dengar dorang kena marah hahaha. 


Lukis ni time cikgu tengah marah-marah dekat dalam -.-

Dua masa berdiri dekat luar dengan budak-budak atas ni. Macam-macam buat dekat luar tu. Tapi yang malunya bila ada adik-adik form1 tengok kitaorang dekat luar. Malu lah juga haihh. Time dekat luar aku memang bengang dengan Zamierul, dia cakap nak pinjam pensel aku tapi entah macam mana boleh terjatuh dekat tingkat bawah. Nak ambil memang tak lah nak turun. Nasib baik pakcik tukang kebun ada dekat bawah. Ain minta tolong pakcik tu ambilkan. Aku tengok muka pakcik tu macam pelik je bila Ain suruh ambil pensel tu. Hmm pakcik tu baling dari bawah pensel aku. Bila dah dapat aku tengok rupanya pensel tu dah patah. Patutlah muka pakcik tu pelik je. Maybe dia ingat Ain gila kutip pensel buruk dah patah. Hmm sedih pensel RM2.90 patah.  

Sangat sedih lagi bila loceng dah berbunyi. Budak-budak yang buat eksperimen dalam lab semuanya nak masuk kelas. Kitaorang je tak masuk kelas lagi. Kena berhadapan dengan cikgu dulu hmm. Macam-macam cakap dekat cikgu itu ini hmm. Janji bawa buku lepas ni, janji datang kelas bila cikgu buat *janji manis Zamierul* Habis semua jenis janji cakap dengan cikgu. Bila dah janji tu tangan masing-masing serentak angkat kononnya nak bersumpahlah tapi buat peace. Cikgu tengok kitaorang baik sebab tu dia lepaskan hahaha. 

WE ARE YOUNG!

WE ARE YOUNG!

WE ARE YOUNG!

WE ARE YOUNG!

WE ARE YOUNG!







Older Post | Newer Post